screenshot

cyber

harassment


Bantu People ACT mendokumentasikan insiden gangguan siber.

Kami sedang mendokumentasikan insiden gangguan siber yang melibatkan pengguna-pengguna internet di Malaysia, untuk lebih memahami kerumitan masalah yang semakin meningkat, dan menerokai potensi idea bagi jalan penyelesaian. Anda boleh membantu dengan memuatnaikkan screenshot.


Tunjukkan saya cara mengambil screenshot

Kenali People ACT

1. HUBUNGI 2. MUATNAIK 3. KONGSI



Bagaimana untuk mengambil screenshot?


Pada peranti Android


  1. Tunjukkan skrin yang anda ingin tangkap.
  2. Tekan dan tahan butang power dan volume down serentak untuk beberapa saat. Pada sesetengah peranti, anda perlu tekan dan tahan tombol power dan home.
  • Biasanya, skrin anda akan berkelip dan anda akan nampak satu pemberitahuan yang screenshot anda telah disimpan.
  • Screenshot yang ditangkap biasanya disimpan di galeri foto/gambar.

Pada iPhone/iPad


  1. Tunjukkan skrin yang anda ingin tangkap.
  2. Tekan dan tahan buttang sleep/wake, kemudian serta merta tekan dan lepaskan tombol home
  • Skrin anda akan berkelip sekali bila screenshot disimpan.
  • Anda boleh cari screenshot yang telah disimpan dalam app Photos.

Pada komputer Mac


  1. Tunjukkan skrin yang anda ingin tangkap.
  2. Tekan kekunci command, shift, dan 3 serentak.
  • Biasanya anda akan mendengar kesan bunyi pengatup kamera apabila screenshot ditangkap.
  • Anda boleh cari screenshot yang disimpan di dalam Desktop. Jika anda guna Dropbox, ianya mungkin didalam folder Screenshot.

Pada komputer Windows


  1. Cari dan buka Snipping Tool dari kotak carian.
  2. Dalam Snipping Tool, pilih anakpanah yang bersebelahan dengan butang New, pilih jenis potongan yang anda mahu, dan kemudian pilih kawasan skrin yang anda ingin tangkap.
  3. Selepas anda tangkap suatu potongan, pilih butang Save Snip. Dalam kotak Save As, masukkan nama fail, lokasi dan jenis, dan kemudian pilih Save.

Tentang People ACT


People Against Cyber Harassment and Threats (People ACT) adalah suatu kempen untuk menjadikan persekitaran siber lebih selamat, penuh hormat dan memperkasakan untuk semua, dengan mengurangkan ancaman siber dan tingkah laku siber memudaratkan yang lain, melalui pembaharuan undang-undang.


Langgan buletin emel People ACT